18 Cara Kawal Ekzema Si Manja.





Anak alami ekzema? Jangan bimbang! Terdapat pelbagai ikhtiar yang boleh diusahakan agar ia tidak mengganggu anak anda daripada melakukan aktiviti seharian, sekali gus boleh tidur lena pada malam hari.
Terdapat beberapa jenis ekzema seperti atopic eczema, seborrheic eczema, statis eczema, allergic contact dermatitis dan juvenile plantar dermatosis. Setiap jenisnya mempunyai ciri-ciri berbeza. Secara umumnya ramai yang mengalami ekzema atopik.
Ekzema mempunyai tanda-tanda seperti kulit yang kering, rasa kegatalan dan kemerahan di bahagian yang terlibat iaitu pelipat lutut, tengkuk dan lengan.
Kulit yang kering akan menyebabkan rasa gatal dan ingin menggaru. Akibatnya kulit menjadi sasaran untuk jangkitan. Kulit menjadi luka dan berair apabila digaru. Kadang-kala menimbulkan gelembung kecil dengan cecair di bawah permukaan kulit. 



Seterusnya ia mencetuskan pembebasan radang bahan kimia dan kulit akan menjadi radang, lalu mengganggu kesihatan kulit.
Selain merawat penyakit ekzema, terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan dalam mengawal ekzema di kalangan anak kecil seperti dikongsikan oleh Dr. Mazlin Baseri, Pakar Dermatologis, KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital.
Salah satunya ialah penjagaan diri secara teliti dan konsisten. Ikuti beberapa perkara yang mesti dilakukan supaya ekzema dapat dikawal.
1. Pastikan badan anak bersih dan lembap. Mandi secara cepat, satu hingga dua kali setiap hari dapat membantu mengurangkan kekeringan kulit.
2. Meluangkan masa tidak lebih daripada 10 minit bagi memberi sapuan minyak semula jadi pada kulit badan.
3. Gunakan air suam atau sejuk dan bukannya air panas. Air panas boleh mengaktifkan kelenjar peluh dan mendorong kemerahan dan kegatalan.
4. Elakkan penggunaan krim mandi wangi, mandi minyak dan mandi buih yang boleh mengundang pencetus ekzema.  
5. Gunakan pembersih yang lembut semasa mandi di kawasan di mana ia diperlukan. Bilas dengan sempurna.
6. Jangan gosok badan dengan tuala kecil kerana ini boleh merengsakan kulit.
7. Pelembap yang baik (krim dan losen) membantu memelihara kelembapan semula jadi kulit dan mencegah daripada kering. Ini membantu penurunan gatal, ruam dan jangkitan.

Related image

8. Lembapkan kulit sekurang-kurangnya dua kali sehari.
9. Selepas mandi, melembapkan kulit segera, dalam masa tiga minit. Jika perlu terus sapu krim dalam bilik mandi.
10.Sediakan bekas kecil yang mengandungi pelembap. Kemudian bawa ia ke mana-mana sahaja.
11. Kuku melindungi hujung jari dan jari kaki daripada keadaan sensitif. Namun kuku boleh membahayakan kulit jika mula menggaru. Kulit mungkin berdarah dan bakteria boleh memasuki badan melalui luka terbuka.
12. Jika pesakit ekzema terus menggaru, kulit akan menjadi lebih tebal dan kurang responsif terhadap rawatan. Oleh itu, sentiasa jaga kuku agar pendek dan bersih.
13. Amalan menjaga kuku dapat dilakukan dengan mencuci sekeliling dan di bawah kuku setiap hari.
14. Memotong kuku secara kerap dengan pemotong kuku.
15. Potong kuku selepas mandi kerana ketika ini kuku akan lebih lembut dan mudah untuk dipotong.
16. Pakai pakaian yang diperbuat daripada bahan-bahan lembut dan ringan. Pakaian kapas adalah paling sesuai. Dengan ini, tidur pun lebih selesa.
17. Elakkan pakaian yang diperbuat daripada kain yang mempunyai gentian keras, permukaan tajam atau tekstur tegang  yang boleh merengsakan kulit. Bahan perlu dielakkan adalah bulu, poliester, nilon atau akrilik.
18. Basuh pakaian baru sebelum memakainya. Gunakan bahan pencuci bebas pewarna dan pakaian bebas minyak wangi. Pastikan pakaian anda dicuci teliti untuk mengeluarkan sebarang sisa sabun.
Ekzema yang melibatkan bayi atau kanak-kanak boleh menjadi ujiab hebat kepada ibu bapa dan keluarga pesakit. Kefahaman dan pengetahuan menguruskan penyakit ini dan cara-cara merawatnya dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung pesakit.
Sumber : Pa & Ma
Apa supplements boleh Membantu? Click disini

FACEBOOK: KEZIA WAN
FB PAGE: TALKECZEMA
SHAKLEE ID: 1197756
EMEL: KEZIAWAN90@GMAIL.COM
CONTACT NO: 017 817 3762

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Ekzema bayi: sebab, simptom, rawatan dan supplements

Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun

Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. 

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. 

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 



Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya. 

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif. 

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda. 

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga. 

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya. 


Apakah rawatan untuk ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen dari produk Shaklee iaitu Herbal blend , manakala untuk mandian pula, Basic h2.




Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti  Herbal cream Shaklee 
yang banyak dalam sehari sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering. 

Untuk anti radang, Omega Guard Shaklee amat disyorkan kerana Omega Guard Shaklee mempunyai asid lemak ikan yang tulen dan mempunyai element anti-radang. Sangat disyorkan buat mereka yg ada masalah ECZEMA, Omega Guard ini sangat membantu dengan memberi kelegaan pada kawasan yang gatal dan sekaligus memberi permukaan kulit yang lebih licin dan lembab






Testimoni Eczema dengan Shaklee











Hubungi saya segera jika berminat !

FACEBOOK: KEZIA WAN
FB PAGE: TALKECZEMA
SHAKLEE ID: 1197756
EMEL: KEZIAWAN90@GMAIL.COM
CONTACT NO: 017 817 3762



***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

CERITERA EKZEMA - Dr Mazlin Mohd Baseri - Pa&Ma, March 2016

Anak-anak anda mengalami ekzema? 
.
Ketahui tanda-tanda ekzema dan cara-cara mengatasinya, bersama Pakar Dermatologi (Pakar Kulit), Dr Mazlin Mohd Baseri di dalam keluaran Pa & Ma (Mac 2016).
.










Sumber : Pa&Ma / http://www.kpjampang.com/



***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

10 Info Anda Perlu Tahu - Ekzema Merengsakan Bayi





Kulit bayi terkenal dengan kehalusan dan kemulusannya tetapi ada juga bayi yang mempunyai masalah kulit. Antara masalah kulit yang kerap mengganggu bayi adalah ruam dan ekzema.

Mempunyai anak yang mengalami masalah kulit ekzema memang merisaukan ibu bapa. Bayi yang mempunyai masalah ekzema cukup sensitif dengan perubahan cuaca, pemakanan dan kebersihan persekitaran yang mempengaruhi tahap kesihatan mereka.

Faktor genetik dan sejarah keluarga juga salah satu sebab yang menyebabkan si kecil mungkin dihinggapi ekzema.

Ini 10 info tentang ekzema yang ibu dan ayah perlu tahu.
  1. Secara umum, penyakit kulit seperti ekzema adalah perkara normal berlaku kepada bayi kecil. Perubahan cuaca, habuk dan hama menjadi pencetus utama ekzema pada bayi.
  2.  Ekzema adalah keadaan kulit yang kering dan gatal pada satu jangka masa tertentu. Penyakit kulit ini biasanya menyerang si kecil berusia bawah dua tahun.
  3.  Paling merisaukan ialah ekzema sememangnya tidak dapat dipulihkan, tetapi  hanya dapat dikawal dengan rawatan dan produk yang sesuai.
  4.  Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopik bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan alergi. Kesannya adalah sama iaitu kulit kering, gatal, merah dan merekah.
  5. Pada situasi tertentu ekzema akan menyebabkan ruam bernanah dan berdarah.
  6.  Biasanya anggota badan yang menjadi tumpuan ekzema adalah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.
  7. Ekzema menyebabkan kulit tidak dapat berfungsi secara normal. Penyakit ini membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.
  8. Punca terjadinya ekzema tidak diketahui tetapi masalah kulit ini lazimnya berlaku dalam keluarga tertentu dan mempunyai perkaitan genetik dan sejarah keluarga yang kuat bagi penghidap tiga penyakit iaitu ekzema, asma dan demam (hay fever) atau dikenali sebagai atopic triad.
  9. Hubungan kekeluargaan pada peringkat pertama dan kedua yang menghidap salah satu dari tiga penyakit ini akan memiliki risiko untuk dijangkiti sama ada ekzema atau asma.
  10. Ekzema menyebabkan kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan sering gatal. Namun pada masa-masa tertentu radang tersebut boleh menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.

Ibu bapa boleh bertindak dengan memilih produk penjagaan diri yang bersifat organik untuk si kecil bagi merawat penyakit kulit ini. Produk organik dihasilkan daripada adunan ramuan semula jadi yang membantu melembap dan mengurangkan kegatalan kulit si manja yang ekzema.
Ini kerana penghidap masalah kulit ekzema memerlukan usapan usapan bahan yang lembut. Produk seperti tisu lembap, losen, sabun cecair, syampu adalah antara produk yang paling utama digunakan oleh si comel.

Sumber: Majalah Pa&Ma

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Pencuci pinggan yang mesra alam

Ada yang belum tahu, so hari ini nak sharing entry tentang pencuci peralatan dapur.
.
Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate.
.
Kedua-dua kandungan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata
.
Manakala Dish Wash Concentrate pula tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain

Keunikan Shaklee
Selamat
  • Tidak toksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak
  • Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Sekiranya anda merupakan seorang yang mempunyai kulit tangan yang sangat sensitif pada bahan kimia, Dish Wash Shaklee adalah jawapan kepada masalah anda. Ramai pengguna yang dahulunya merasa tangan seperti terbakar dan menggelupas teruk kini boleh kembali senyum dan membasuh pinggan mangkuk tanpa rasa tidak selesa.

Saya tidak akan sertakan testimoni untuk entry kali ini sebab saya ingin anda sendiri merasai kesan kebaikan dari penggunan Dish Wash Shaklee ini.


Anda boleh dapatkan pencuci tanpa bahan kimia ini serendah RM28 sahaja sekarang


Hubungi saya segera jika berminat !

FACEBOOK: KEZIA WAN
FB PAGE: TALKECZEMA
SHAKLEE ID: 1197756
EMEL: KEZIAWAN90@GMAIL.COM
CONTACT NO: 017 817 3762


***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Get clean laundry


Ramai tidak  tahu bahawa sabun pencuci baju merupakan salah satu faktor penyebab sakit kulit dan juga pernafasan.
Apabila baju telah dicuci, masih ada bahan yang tertinggal pada baju dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar
Bahan kimia yang ada dalam serbuk pencuci mampu menembusi kulit. Bayangkan ianya sedang berlaku pada anak-anak anda.

Bertukar lah kepada Get Clean Shaklee.

Kenapa saya suruh bertukar kepada Get Clean Shaklee?



  • Fresh Laundry Concentrate (Serbuk)
    Fresh Laundry Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

  • Soft Fabric Concentrate
    Melembutkan Pakaian : Pekatan Pelembut Fabrik (Soft Fabric Concentrated) yang berbau harum ini jauh lebih berkesan daripada produk lain dalam mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan akibat kesan statik. Dengan rumusan kepekatan tinggi, ia bukan sahaja lebih menjimatkan malah anda dapat merasai perbezaannya dengan sentuhan.


Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Sesuai untuk semua jenis fabrik yang boleh dibasuh
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa gas beracun
  • pH yang seimbang
Berkesan
  • Berpekatan tinggi – bagi 64 cucian
  • Hanya ½ aun diperlukan untuk setiap cucian
  • Kurangkan kedutan dan kesan statik
  • Kesan anti-statiknya setara dengan Downy , ujian prestasi yang dilakukan oleh pihak ketiga.*
Mesra Alam
  • Ramuan Semulajadi
  • Tanpa Fosfat
  • Tanpa bahan perwarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentangan pada badan.
 Pencuci Fresh Laundry ni tidak mengandungi fosfat, klorin, borat atau nitrat. Memang selamat


Hubungi saya segera jika berminat !

FACEBOOK: KEZIA WAN
FB PAGE: TALKECZEMA
SHAKLEE ID: 1197756
EMEL: KEZIAWAN90@GMAIL.COM
CONTACT NO: 017 817 3762

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Pemakanan untuk mencegah Eczema




Ekzema adalah sakit kulit yang dihidapi oleh  10% kepada 20% peratus daripada kanak-kanak dan 1% hingga 3% peratus orang dewasa. Kira-kira 60% kanak-kanak yang menghidap ekzema akan mendapatkannya sebelum umur 1 dan sekurang-kurangnya 80% akan membangunkannya sebelum umur 5 tahun.- Mehmet Oz, MD, Cardiology (Penyakit Kardiovaskular),

Eczema yang juga dikenal sebagai dermatitis atopik yang merupakan suatu kondisi kulit yang ditandai dengan peradangan dan ruam. Kulit akan terasa gatal luar biasa. Dan saat digaruk, maka kulit dapat terkelupas bahkan berdarah. Terlebih lagi, jika tidak segera dihentikan, dampak dari penyakit ini dapat menimbulkan infeksi pada kulit. 

sehingga saat ini, belum diketahui secara pasti apa yang menjadi penyebab munculnya penyakit ini. Namun, terdapat beberapa faktor yang memicu penyakit eczema ini:

Faktor dalaman

1. Keluarga memiliki sejarah penyakit eczema (genetic atau keturunan).
2. Perubahan emosi yang tidak stabil seperti kemurungan dan stres.
3. Pola makan yang kurang sihat seperti alkohol, makanan yang mengandung pengawet dan pewarna kimia.

Faktor luaran

1. Terdedeah dengan persekitaran yang tidak sihat seperti terkena asap rokok, bahan kimia dan sebagainya.
2. Bersentuhan dengan benda-benda penyebab alergi (Allergens), seperti sabun, shampo, kosmetik, debu, serbuk bunga, hewan peliharaan dan sebagainya.

Diet sihat adalah penting untuk kulit yang sihat. Minum jus membekalkan nutrien kepada kulit. Dalam erti kata yang mudah, pengambilan jus memberikan vitamin dan mineral kepada darah yang diperlukan untuk mengekalkan kulit yang kering dan bebas jerawat. Selain itu, hanya jus yang semulajadi dan organik perlu diminum.

Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu menjadi sebahagian daripada diet kerana ia kaya dengan nutrien dan mempunyai antioksidan yang kuat. Buah-buahan dan sayur-sayuran membantu meremajakan kulit dan menghilangkan semua kekeringan. Kunyit, epal, betik, halia yang sangat berguna, dan mereka mempunyai pelbagai kegunaan dalam rutin penjagaan kulit organik.

Apa yang lebih penting, bahan-bahan organik ini mempunyai kesan yang sangat menyegarkan dan pada kulit anda. Kegunaan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh ditemui dalam hampir setiap buku penjagaan kulit/panduan, terutamanya, dalam kes rawatan penjagaan kulit organik. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan Beta karotena yang membantu untuk melindungi Vitamin C daripada pengoksidaan. Ini mengelakkan gejala-gejala yang disebabkan oleh kekurangan Beta karotena seperti sakit, kering rambut kusam, kulit kering dan kulit tebal scaly sawit dan tapak kaki.

Menurut beberapa kajian, minum teh bukan sahaja membantu membersihkan badan tetapi ia juga anda membantu revitalizing kulit. Juga didapati bahawa teh juga mengekalkan kulit daripada pengeringan dan menghalang perkembangan masalah yang berkaitan dengan dermatitis. Ia juga mendedahkan bagaimana bahan-bahan yang ditemui dalam teh mungkin membantu sistem imun badan untuk melawan jangkitan.  Selain itu, teh hijau boleh mempunyai kesan yang menakjubkan pada kulit anda.

Pengambilan makanan yang diperkukuhkan dengan serat, vitamin dan mineral yang menghalang keadaan disebabkan ekzema atau kulit kering. Di samping itu, minyak omega 3 dan makanan yang termasuk probiotics membantu mengekalkan kulit yang sihat.


FACEBOOK: KEZIA WAN
FB PAGE: TALKECZEMA
SHAKLEE ID: 1197756
EMEL: KEZIAWAN90@GMAIL.COM
CONTACT NO: 017 817 3762



***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***